MENUNAIKAN SOLAT 5 WAKTU SEHARI SEMALAM

Umat Islam wajib menunaikan solat sebanyak 5 waktu dalam sehari semalam. Firman Allah SWT :
Secara amnya, maksud Solat adalah perbuatan dan perkataan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam. Berikut adalah Solat 5 waktu yang wajib ditunaikan :
  1. Solat Subuh (2 Rakaat)
  2. Solat Zohor (4 Rakaat)
  3. Solat Asar (4 Rakaat)
  4. Solat Maghrib (3 Rakaat)
  5. Solat Isyak (4 Rakaat)

    <back>

MENUNAIKAN HAJI KE MEKKAH BAGI YANG BERUPAYA

Ibadat Haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Ianya diwajibkan kepada umat Islam yang berkemampuan sahaja. Hukum menunaikan ibadat Haji adalah Fardhu Ain ke atas umat Islam yang berkuasa menunaikan ibadat Haji sekali seumur hidup.
SYARAT WAJIB MENUNAIKAN IBADAT HAJI
  1. Beragama Islam
  2. Baligh
  3. Berfikiran Waras
  4. Berkuasa atau berkemampuan

<back>

MENGELUARKAN ZAKAT

Mengeluarkan zakat merupakan Fardhu Ain ke atas setiap umat Islam yang cukup syarat. Secara amnya, maksud zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada wang atau harta untuk golongan tertentu apabila cukup syarat-syarat mengikut Hukum Syara'.
JENIS ZAKAT
Zakat terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

01. Zakat Fitrah

Zakat Fitrah juga dikenali sebagai Zakat Diri, ianya wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam tidak kira lelaki atau perempuan sama ada kanak-kanak atau dewasa. Umat Islam akan mengeluarkan Zakat Fitrah pada setiap bulan Ramadhan dan ianya merupakan pelengkap kepada amalan berpuasa.

02. Zakat Harta

Zakat Harta wajib dikeluarkan apabila ianya telah cukup syarat. Harta yang wajib dizakatkan adalah seperti :
  • Emas, Perak dan Wang Simpanan
  • Haiwan Ternakan
  • Bahan-bahan Makanan Asasi
  • Hasil Perniagaan
  • Harta Karun

<back>

RUKUN ISLAM

Rukun Islam terbahagi kepada 5 perkara, iaitu :
  1. Mengucap Dua Kalimah Syahadat
  2. Menunaikan Solat 5 Waktu Sehari Semalam
  3. Mengeluarkan Zakat
  4. Berpuasa Sebulan Di Bulan Ramadhan
  5. Menunaikan Haji Di Mekkah Bagi Yang Berupaya

<back>

BERIMAN KEPADA ALLAH SWT

Allah SWT adalah Tuhan yang maha kuasa dan tiada lain yang disembah melainkanNya. Umat Islam wajib beriman kepada Allah SWT dengan melakukan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarangNya.
Terdapat pelbagai bukti kekuasaan Allah SWT, diantaranya ialah seperti :
    1. Mencipta Manusia dan Haiwan
    2. Mencipta Langit dan Bumi
    3. Menjadikan Siang dan Malam
    4. Mencipta Tumbuh-tumbuhan dan lain-lain lagi

      <back>

BERIMAN KEPADA MALAIKAT

Malaikat merupakan makhluk yang dicipta oleh Allah SWT daripada cahaya. Malaikat juga merupakan makhluk yang sentiasa menurut perintah Allah SWT. Ianya diciptakan dengan jumlah yang banyak oleh Allah SWT.
Hukum Beriman Kepada Malaikat adalah wajib dan terdapat 10 Malaikat yang wajib kita ketahui, iaitu :
    1. Malaikat Jibril AS - Menyampaikan Wahyu

    2. Malaikat Izrail AS - Mengambil Nyawa

    3. Malaikat Israfil AS - Meniup Sangkakala

    4. Malaikat Mikail AS - Mengatur Rezeki

    5. Malaikat Malik AS - Menjaga Neraka

    6. Malaikat Ridhuan AS - Menjaga Syurga

    7. Malaikat Munkar AS - Menyoal Orang Yang Telah Mati

    8. Malaikat Nakir AS - Menyoal Orang Yang Telah Mati

    9. Malaikat Raqib AS - Mencatat Amalan Kebaikan

    10. Malaikat Atid AS - Mencatat Amalan Kejahatan

      <back>

BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT

Setiap umat Islam wajib Beriman Kepada Hari Akhirat dan mempercayai bahawa alam ini akan musnah pada suatu hari nanti. Firman Allah SWT :
APAKAH ITU HARI AKHIRAT?
Hari Akhirat adalah merupakan hari pembalasan sama ada baik atau buruk untuk setiap manusia selepas berlakunya kiamat. <back>

BERIMAN KEPADA QADA' DAN QADAR

Beriman Kepada Qada' dan Qadar merupakan salah satu daripada Rukun Iman yang wajib diimani oleh setiap umat Islam.
PENGERTIAN QADA'
Qada' ialah ketentuan sesuatu perkara yang telah, sedang atau akan berlaku ke atas seseorang yang mana telah ditentukan oleh Allah SWT sejak azali lagi.
Contohnya : ketentuan seseorang dari segi rezeki yang dimilikinya, rupa paras, umur dan lain-lain lagi.
PENGERTIAN QADAR
Pengertian Qadar pula ialah pelaksanaan ke atas ketentuan sesuatu perkara sama ada perkara tersebut baik atau buruk kesemuanya telah ditentukan oleh Allah SWT sejak azali lagi.
Contohnya : Ahmad menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang semasa berumur 30 tahun. <back>

BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB

Umat Islam wajib beriman kepada Kitab-kitab yang diturunkan Allah SWT kepada para Nabi dan Rasul. Ianya merupakan panduan hidup manusia yang mana didalamnya terkumpul perintah dan larangan daripada Allah SWT. Terdapat empat buah kitab yang diturunkan kepada Para Nabi dan Rasul, iaitu :
    1. Kitab Taurat Diturunkan Kepada Nabi Musa A.S
    2. Kitab Zabur Diturunkan Kepada Nabi Daud A.S
    3. Kitab Injil Diturunkan Kepada Nabi Isa A.S
    4. Kitab Al-Quran Diturunkan Kepada Nabi Muhammad SAW

<back>

RUKUN IMAN

Rukun Iman terbahagi kepada enam perkara yang wajib diimani oleh setiap umat Islam. <back>

    1. Beriman Kepada Allah SWT
    2. Beriman Kepada Malaikat
    3. Beriman Kepada Kitab-kitab
    4. Beriman Kepada Nabi dan Rasul
    5. Beriman Kepada Hari Akhirat
    6. Beriman Kepada Qada' Dan Qadar

<back>

NABI SYU'AIB A.S

Nama Nabi Syu'aib A.S disebut sebanyak 10 kali di dalam Al-Quran. Baginda adalah keturunan daripada Nabi Luth A.S.
Allah SWT mengutuskan Nabi Syu'aib A.S sebagai Nabi dan Rasul untuk berdakwah kepada penduduk Negeri Madyan yang menyembah Aikah. Aikah merupakan sebidang tanah yang ditumbuhi pelbagai pohon yang subur. Disebabkan sumber kekayaan penduduk Negeri Madyan berasaskan pertanian, mereka telah menganggap Aikah telah memberi kekayaan kepada mereka lalu mereka menjadi taksub dan menyembahnya.
Nabi Syu'aib A.S telah berusaha sedaya upaya untuk berdakwah kepada Penduduk di Negeri Madyan, namun begitu kaumnya tetap menolak dan berkeras untuk tidak menerima dakwah Baginda. Lalu Allah SWT menurunkan azab kepada kaum di Negeri Madyan di atas kekufuran yang mereka lakukan. <back>

NABI ILYASA' A.S

Nabi Ilyasa' A.S merupakan anak angkat kepada Nabi Ilyas A.S. Nabi Ilyas A.S bertemu dengan Nabi Ilyasa' A.S ketika baginda hendak bersembunyi di rumah Nabi Ilyasa' A.S kerana dikejar oleh kaum Bani Israel yang hendak membunuhnya. Dengan keizinan ibu Nabi Ilyasa' A.S maka Nabi Ilyas A.S telah mengambil Nabi Ilyasa' A.S sebagai anak angkat baginda dan mengasuhnya dengan didikan agama.
Setelah Nabi Ilyas A.S wafat, Nabi Ilyasa' A.S telah meneruskan dakwah bapa angkatnya. Baginda berjaya berdakwah kepada kaumnya agar mematuhi perintah Allah SWT, maka kaumnya hidup aman damai.
Namun begitu, setelah kewafatan Nabi Ilyasa' A.S kaumnya telah kembali sesat dan kembali kufur dengan menyembah berhala. <back>

NABI ISHAQ A.S

Nabi Ishaq A.S merupakan salah seorang putera Nabi Ibrahim A.S daripada isterinya bernama Sarah. Nabi Ishaq A.S meneruskan dakwah Nabi Ibrahim A.S. Baginda juga merupakan nenek moyang kepada kaum Bani Israel. <back>

NABI ISA A.S

Nabi Isa A.S adalah Nabi dan Rasul yang diutuskan kepada Bani Israel. Baginda dilahirkan tanpa ayah oleh ibunya Maryam atas ketentuan Allah SWT. Baginda diberi gelaran sebagai Al-Masih.
Baginda menerima perintah Allah SWT sebagai Nabi ketika berumur 30 tahun semasa beribadat dengan ibunya di Bukit Zaitun. Semasa Baginda dilantik sebagai Rasul, Baginda menerima wahyu berupa Injil daripada Allah SWT.
Setelah menerima wahyu dari Allah SWT, Nabi Isa A.S mula berusaha menyebarkan ajaran Allah SWT dan telah mendedahkan kesalahan para pemimpin agama Bani Israel yang terpesong. Ini menyebabkan para pemimpin agama Bani Israel naik marah dan meminta Baginda membuktikan tentang kerasulannya.
Nabi Isa A.S membuktikan kerasulannya dengan menunjukkan beberapa mukjizat, namun masih ada kaum Bani Israel yang tidak mempercayainya. <back>

NABI LUTH A.S

Nama Nabi Luth A.S disebut sebanyak 23 kali di dalam Al-Quran. Baginda merupakan anak saudara kepada Nabi Ibrahim A.S.
Nabi Luth A.S diutuskan kepada kaumnya yang rosak akhlak kerana mengamalkan hubungan seks di luar tabii iaitu hubungan sejenis (homoseks/lesbian). Baginda telah berdakwah sedaya upaya membawa kaumnya kembali ke jalan yang benar, tetapi seruan dakwah yang disampaikan tidak diendahkan sama kali oleh kaumnya. Nabi Luth A.S beserta keluarganya telah diusir keluar dari negeri oleh kaumnya.
Nabi Luth A.S bersama keluarga kecuali isterinya Walihah telah keluar dari Kota sodom meninggalkan kaumnya, lalu berdoa kepada Allah SWT agar menurunkan azab ke atas kaumnya yang melakukan kerosakan. Lalu Allah SWT menurunkan azab dan Kota Sodom telah hancur musnah bersama penduduknya yang melakukan kemungkaran. Maka isteri Baginda, Walihah turut sama ditimpa azab tersebut. <back>

NABI ILYAS A.S

Nama Nabi Ilyas A.S disebut sebanyak 4 kali di dalam Al-Quran. Baginda adalah keturunan Nabi Harun A.S iaitu putera Yasin Bin Fanhash Bin Aizar Bin Harun.
Nabi Ilyas A.S diutuskan oleh Allah SWT untuk memerangi kekufuran yang dilakukan oleh kaum Bani Israel yang tinggal di negeri Baalbek, Lubnan. Baginda berdakwah kepada kaumnya agar meninggalkan amalan penyembahan berhala Baal. Namun kaumnya tetap berkeras dan tidak menghiraukan peringatan Baginda.
Disebabkan kekerasan hati kaumnya yang tidak mahu mendengar peringatan yang diberikan, Nabi Ilyas A.S memohon agar Allah SWT menurunkan azab pengajaran kepada kaumnya. Akhirnya kaum Nabi Ilyas A.S diturunkan bencana kemarau yang panjang selama tiga tahun yang memusnahkan tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Disebabkan bencana ini, kaum Nabi Ilyas menyedari atas kesalahan mereka dan lalu bertaubat.
Nabi Ilyas telah memohon kepada Allah SWT untuk mengembalikan nikmat kehidupan kepada kaumnya. Namun begitu setelah sekian lamanya, kaum Nabi Ilyas kembali ingkar. Apabila Baginda mengetahui perbuatan kaumnya, lalu Baginda berdoa kepada Allah SWT agar menarik kembali nikmat yang diberikan kepada kaumnya. Pada kali ini kaum Nabi Ilyas A.S ditimpa bencana yang lebih dahsyat lagi dari sebelumnya. <back>

BERIMAN KEPADA NABI DAN RASUL

Beriman Kepada Rasul merupakan salah satu daripada Rukun Iman yang wajib diimani oleh umat Islam. Sebagai umat Islam, kita mesti percaya bahawa Nabi dan Rasul yang diutuskan merupakan ketua atau pembimbing umat manusia agar ke jalan yang benar. Terdapat seramai 25 orang Rasul yang wajib diketahui, iaitu : <back>
    1. Nabi Adam A.S
    2. Nabi Idris A.S
    3. Nabi Nuh A.S
    4. Nabi Hud A.S
    5. Nabi Saleh A.S
    6. Nabi Ibrahim A.S
    7. Nabi Ismail A.S
    8. Nabi Luth A.S
    9. Nabi Ishaq A.S
    10. Nabi Ya'qub A.S
    11. Nabi Yusuf A.S
    12. Nabi Ayub A.S
    13. Nabi Zulkifli A.S
    14. Nabi Syu'aib A.S
    15. Nabi Musa A.S
    16. Nabi Harun A.S
    17. Nabi Daud A.S
    18. Nabi Sulaiman A.S
    19. Nabi Yunus A.S
    20. Nabi Ilyas A.S
    21. Nabi Ilyasa' A.S
    22. Nabi Zakaria A.S
    23. Nabi Yahya A.S
    24. Nabi Isa A.S
    25. Nabi Muhammad SAW

<back>

NABI ADAM A.S

Nama Nabi Adam disebut sebanyak 25 kali di dalam Al-Quran dan mempunyai darjat yang paling tinggi daripada Malaikat dan Jin. Baginda adalah bapa segala manusia di muka bumi ini. Baginda juga merupakan manusia pertama yang dicipta oleh Allah SWT dan diberikan amanah sebagai Nabi, Rasul dan Khalifah di muka bumi. Allah SWT telah menciptakan Hawa sebagai pasangan kepada Nabi Adam.
Mereka hidup di dalam syurga dengan menikmati segala kebahagian tanpa merasa kesusahan. Mereka diberi satu perintah larangan oleh Allah SWT iaitu mereka dilarang mendekati dan memakan buah daripada sebatang pokok di dalam syurga. Namun begitu, atas hasutan syaitan durjana lalu mereka melanggar perintah Allah SWT dengan memakan buah pokok larangan tersebut. Atas kesalahan yang dilakukan Nabi Adam dan Hawa telah diusir daripada Syurga dan ditempatkan di muka bumi.

Kesalahan yang dilakukan oleh Nabi Adam dan Hawa merupakan kesalahan pertama yang dilakukan oleh manusia dengan melanggar perintah larangan Allah SWT. <back>

KITAB AL-QURAN

Kitab Al-Quran adalah Kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Ianya merupakan kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril.
Kitab Al-Quran merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad SAW. Di dalamnya terdapat pelbagai keistimewaan seperti susunan gaya bahasa indah dan tinggi yang tidak mampu ditandingi oleh makhluk di alam ini, pelbagai perkara ghaib serta ilmu agama, isi kandungannya yang sesuai untuk sepanjang zaman, sains, perubatan dan sebagainya. <back>

KITAB INJIL

Kitab Injil merupakan himpunan wahyu dari Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Isa A.S. Di dalamnya terdapat pengajaran tentang kebenaran dan kisah tentang mukjizat Nabi Isa A.S.
Di dalam Al-Quran, perkataan injil disebut sebanyak 12 kali dan membenarkan kesuciannya, tetapi isi kandungannya telah diselewengkan kemudian hari seperti yang ada pada masa kini. <back>

KITAB ZABUR

Secara amnya, terdapat beberapa kitab yang dinamakan Zabur yang diturunkan kepada para Nabi dan Rasul oleh Allah SWT. Ini bererti bukan Nabi Daud A.S sahaja yang menerima Kitab Zabur tetapi ianya juga diterima oleh Nabi-nabi lain.
Namun begitu, Kitab Zabur yang terkenal adalah kitab yang diterima oleh Nabi Daud A.S sehinggakan orang mengenal Kitab Zabur sebagai kitab yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Daud A.S.
Di antara isi Zabur Nabi Daud A.S ialah seperti : Nyanyian Liturgi Memuji Tuhan, Nyanyian Syukur Perseorangan, Ratapan Jemaah, Ratapan dan Doa Perseorangan, dan Nyanyian Untuk Raja. <back>

KITAB TAURAT

Di dalam Al-Quran, Allah SWT telah menyebut perkataan "Taurat" sebanyak 18 kali. Ianya merupakan salah sebuah kitab suci yang diturunkan Allah SWT di muka bumi ini kepada Nabi Musa A.S sebagai petunjuk kehidupan dirinya dan kaum Bani Israel.
Kitab ini diturunkan secara langsung kepada Nabi Musa A.S di Gunung Sinai dengan keadaan yang lengkap dan sempurna, tetapi Bani Israel telah mengubah dan menggantikannya. <back>