Mengeluarkan zakat merupakan Fardhu Ain ke atas setiap umat Islam yang cukup syarat. Secara amnya, maksud zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada wang atau harta untuk golongan tertentu apabila cukup syarat-syarat mengikut Hukum Syara'.
JENIS ZAKAT
Zakat terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
01. Zakat Fitrah
Zakat Fitrah juga dikenali sebagai Zakat Diri, ianya wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam tidak kira lelaki atau perempuan sama ada kanak-kanak atau dewasa. Umat Islam akan mengeluarkan Zakat Fitrah pada setiap bulan Ramadhan dan ianya merupakan pelengkap kepada amalan berpuasa.
02. Zakat Harta
Zakat Harta wajib dikeluarkan apabila ianya telah cukup syarat. Harta yang wajib dizakatkan adalah seperti :- Emas, Perak dan Wang Simpanan
- Haiwan Ternakan
- Bahan-bahan Makanan Asasi
- Hasil Perniagaan
- Harta Karun
<back>