NABI ILYAS A.S

Nama Nabi Ilyas A.S disebut sebanyak 4 kali di dalam Al-Quran. Baginda adalah keturunan Nabi Harun A.S iaitu putera Yasin Bin Fanhash Bin Aizar Bin Harun.
Nabi Ilyas A.S diutuskan oleh Allah SWT untuk memerangi kekufuran yang dilakukan oleh kaum Bani Israel yang tinggal di negeri Baalbek, Lubnan. Baginda berdakwah kepada kaumnya agar meninggalkan amalan penyembahan berhala Baal. Namun kaumnya tetap berkeras dan tidak menghiraukan peringatan Baginda.
Disebabkan kekerasan hati kaumnya yang tidak mahu mendengar peringatan yang diberikan, Nabi Ilyas A.S memohon agar Allah SWT menurunkan azab pengajaran kepada kaumnya. Akhirnya kaum Nabi Ilyas A.S diturunkan bencana kemarau yang panjang selama tiga tahun yang memusnahkan tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Disebabkan bencana ini, kaum Nabi Ilyas menyedari atas kesalahan mereka dan lalu bertaubat.
Nabi Ilyas telah memohon kepada Allah SWT untuk mengembalikan nikmat kehidupan kepada kaumnya. Namun begitu setelah sekian lamanya, kaum Nabi Ilyas kembali ingkar. Apabila Baginda mengetahui perbuatan kaumnya, lalu Baginda berdoa kepada Allah SWT agar menarik kembali nikmat yang diberikan kepada kaumnya. Pada kali ini kaum Nabi Ilyas A.S ditimpa bencana yang lebih dahsyat lagi dari sebelumnya. <back>