Nama Nabi Adam disebut sebanyak 25 kali di dalam Al-Quran dan mempunyai darjat yang paling tinggi daripada Malaikat dan Jin. Baginda adalah bapa segala manusia di muka bumi ini. Baginda juga merupakan manusia pertama yang dicipta oleh Allah SWT dan diberikan amanah sebagai Nabi, Rasul dan Khalifah di muka bumi. Allah SWT telah menciptakan Hawa sebagai pasangan kepada Nabi Adam. Mereka hidup di dalam syurga dengan menikmati segala kebahagian tanpa merasa kesusahan. Mereka diberi satu perintah larangan oleh Allah SWT iaitu mereka dilarang mendekati dan memakan buah daripada sebatang pokok di dalam syurga. Namun begitu, atas hasutan syaitan durjana lalu mereka melanggar perintah Allah SWT dengan memakan buah pokok larangan tersebut. Atas kesalahan yang dilakukan Nabi Adam dan Hawa telah diusir daripada Syurga dan ditempatkan di muka bumi.
Kesalahan yang dilakukan oleh Nabi Adam dan Hawa merupakan kesalahan pertama yang dilakukan oleh manusia dengan melanggar perintah larangan Allah SWT. <back>