Nabi Isa A.S adalah Nabi dan Rasul yang diutuskan kepada Bani Israel. Baginda dilahirkan tanpa ayah oleh ibunya Maryam atas ketentuan Allah SWT. Baginda diberi gelaran sebagai Al-Masih. Baginda menerima perintah Allah SWT sebagai Nabi ketika berumur 30 tahun semasa beribadat dengan ibunya di Bukit Zaitun. Semasa Baginda dilantik sebagai Rasul, Baginda menerima wahyu berupa Injil daripada Allah SWT. Setelah menerima wahyu dari Allah SWT, Nabi Isa A.S mula berusaha menyebarkan ajaran Allah SWT dan telah mendedahkan kesalahan para pemimpin agama Bani Israel yang terpesong. Ini menyebabkan para pemimpin agama Bani Israel naik marah dan meminta Baginda membuktikan tentang kerasulannya. Nabi Isa A.S membuktikan kerasulannya dengan menunjukkan beberapa mukjizat, namun masih ada kaum Bani Israel yang tidak mempercayainya. <back>