Nama Nabi Luth A.S disebut sebanyak 23 kali di dalam Al-Quran. Baginda merupakan anak saudara kepada Nabi Ibrahim A.S. Nabi Luth A.S diutuskan kepada kaumnya yang rosak akhlak kerana mengamalkan hubungan seks di luar tabii iaitu hubungan sejenis (homoseks/lesbian). Baginda telah berdakwah sedaya upaya membawa kaumnya kembali ke jalan yang benar, tetapi seruan dakwah yang disampaikan tidak diendahkan sama kali oleh kaumnya. Nabi Luth A.S beserta keluarganya telah diusir keluar dari negeri oleh kaumnya. Nabi Luth A.S bersama keluarga kecuali isterinya Walihah telah keluar dari Kota sodom meninggalkan kaumnya, lalu berdoa kepada Allah SWT agar menurunkan azab ke atas kaumnya yang melakukan kerosakan. Lalu Allah SWT menurunkan azab dan Kota Sodom telah hancur musnah bersama penduduknya yang melakukan kemungkaran. Maka isteri Baginda, Walihah turut sama ditimpa azab tersebut. <back>