Secara amnya, terdapat beberapa kitab yang dinamakan Zabur yang diturunkan kepada para Nabi dan Rasul oleh Allah SWT. Ini bererti bukan Nabi Daud A.S sahaja yang menerima Kitab Zabur tetapi ianya juga diterima oleh Nabi-nabi lain. Namun begitu, Kitab Zabur yang terkenal adalah kitab yang diterima oleh Nabi Daud A.S sehinggakan orang mengenal Kitab Zabur sebagai kitab yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Daud A.S. Di antara isi Zabur Nabi Daud A.S ialah seperti : Nyanyian Liturgi Memuji Tuhan, Nyanyian Syukur Perseorangan, Ratapan Jemaah, Ratapan dan Doa Perseorangan, dan Nyanyian Untuk Raja. <back>