Kitab Al-Quran adalah Kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Ianya merupakan kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril. Kitab Al-Quran merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad SAW. Di dalamnya terdapat pelbagai keistimewaan seperti susunan gaya bahasa indah dan tinggi yang tidak mampu ditandingi oleh makhluk di alam ini, pelbagai perkara ghaib serta ilmu agama, isi kandungannya yang sesuai untuk sepanjang zaman, sains, perubatan dan sebagainya. <back>