BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB

Umat Islam wajib beriman kepada Kitab-kitab yang diturunkan Allah SWT kepada para Nabi dan Rasul. Ianya merupakan panduan hidup manusia yang mana didalamnya terkumpul perintah dan larangan daripada Allah SWT. Terdapat empat buah kitab yang diturunkan kepada Para Nabi dan Rasul, iaitu :
    1. Kitab Taurat Diturunkan Kepada Nabi Musa A.S
    2. Kitab Zabur Diturunkan Kepada Nabi Daud A.S
    3. Kitab Injil Diturunkan Kepada Nabi Isa A.S
    4. Kitab Al-Quran Diturunkan Kepada Nabi Muhammad SAW

<back>

RUKUN IMAN

Rukun Iman terbahagi kepada enam perkara yang wajib diimani oleh setiap umat Islam. <back>

    1. Beriman Kepada Allah SWT
    2. Beriman Kepada Malaikat
    3. Beriman Kepada Kitab-kitab
    4. Beriman Kepada Nabi dan Rasul
    5. Beriman Kepada Hari Akhirat
    6. Beriman Kepada Qada' Dan Qadar

<back>

NABI SYU'AIB A.S

Nama Nabi Syu'aib A.S disebut sebanyak 10 kali di dalam Al-Quran. Baginda adalah keturunan daripada Nabi Luth A.S.
Allah SWT mengutuskan Nabi Syu'aib A.S sebagai Nabi dan Rasul untuk berdakwah kepada penduduk Negeri Madyan yang menyembah Aikah. Aikah merupakan sebidang tanah yang ditumbuhi pelbagai pohon yang subur. Disebabkan sumber kekayaan penduduk Negeri Madyan berasaskan pertanian, mereka telah menganggap Aikah telah memberi kekayaan kepada mereka lalu mereka menjadi taksub dan menyembahnya.
Nabi Syu'aib A.S telah berusaha sedaya upaya untuk berdakwah kepada Penduduk di Negeri Madyan, namun begitu kaumnya tetap menolak dan berkeras untuk tidak menerima dakwah Baginda. Lalu Allah SWT menurunkan azab kepada kaum di Negeri Madyan di atas kekufuran yang mereka lakukan. <back>

NABI ILYASA' A.S

Nabi Ilyasa' A.S merupakan anak angkat kepada Nabi Ilyas A.S. Nabi Ilyas A.S bertemu dengan Nabi Ilyasa' A.S ketika baginda hendak bersembunyi di rumah Nabi Ilyasa' A.S kerana dikejar oleh kaum Bani Israel yang hendak membunuhnya. Dengan keizinan ibu Nabi Ilyasa' A.S maka Nabi Ilyas A.S telah mengambil Nabi Ilyasa' A.S sebagai anak angkat baginda dan mengasuhnya dengan didikan agama.
Setelah Nabi Ilyas A.S wafat, Nabi Ilyasa' A.S telah meneruskan dakwah bapa angkatnya. Baginda berjaya berdakwah kepada kaumnya agar mematuhi perintah Allah SWT, maka kaumnya hidup aman damai.
Namun begitu, setelah kewafatan Nabi Ilyasa' A.S kaumnya telah kembali sesat dan kembali kufur dengan menyembah berhala. <back>

NABI ISHAQ A.S

Nabi Ishaq A.S merupakan salah seorang putera Nabi Ibrahim A.S daripada isterinya bernama Sarah. Nabi Ishaq A.S meneruskan dakwah Nabi Ibrahim A.S. Baginda juga merupakan nenek moyang kepada kaum Bani Israel. <back>

NABI ISA A.S

Nabi Isa A.S adalah Nabi dan Rasul yang diutuskan kepada Bani Israel. Baginda dilahirkan tanpa ayah oleh ibunya Maryam atas ketentuan Allah SWT. Baginda diberi gelaran sebagai Al-Masih.
Baginda menerima perintah Allah SWT sebagai Nabi ketika berumur 30 tahun semasa beribadat dengan ibunya di Bukit Zaitun. Semasa Baginda dilantik sebagai Rasul, Baginda menerima wahyu berupa Injil daripada Allah SWT.
Setelah menerima wahyu dari Allah SWT, Nabi Isa A.S mula berusaha menyebarkan ajaran Allah SWT dan telah mendedahkan kesalahan para pemimpin agama Bani Israel yang terpesong. Ini menyebabkan para pemimpin agama Bani Israel naik marah dan meminta Baginda membuktikan tentang kerasulannya.
Nabi Isa A.S membuktikan kerasulannya dengan menunjukkan beberapa mukjizat, namun masih ada kaum Bani Israel yang tidak mempercayainya. <back>

NABI LUTH A.S

Nama Nabi Luth A.S disebut sebanyak 23 kali di dalam Al-Quran. Baginda merupakan anak saudara kepada Nabi Ibrahim A.S.
Nabi Luth A.S diutuskan kepada kaumnya yang rosak akhlak kerana mengamalkan hubungan seks di luar tabii iaitu hubungan sejenis (homoseks/lesbian). Baginda telah berdakwah sedaya upaya membawa kaumnya kembali ke jalan yang benar, tetapi seruan dakwah yang disampaikan tidak diendahkan sama kali oleh kaumnya. Nabi Luth A.S beserta keluarganya telah diusir keluar dari negeri oleh kaumnya.
Nabi Luth A.S bersama keluarga kecuali isterinya Walihah telah keluar dari Kota sodom meninggalkan kaumnya, lalu berdoa kepada Allah SWT agar menurunkan azab ke atas kaumnya yang melakukan kerosakan. Lalu Allah SWT menurunkan azab dan Kota Sodom telah hancur musnah bersama penduduknya yang melakukan kemungkaran. Maka isteri Baginda, Walihah turut sama ditimpa azab tersebut. <back>